CROWDFUNDING SCAM ALERT





HATI2 DENGAN JENAYAH CROWDFUNDING

Nak cite sikit pasal "Crowdfunding". Klau tengok pade satu sudut, tujuan "Crowdfunding" adalah bantu orang "or" organisasi yang memang terbukti susah dan perlukan duit segera. Dengan syarat segala penerangan, butiran serta maklumat tujuan "CROWDFUNDING" perlu dijelaskan beserta dokumen sokongan seperti surat rasmi, surat sokongan dari agensi penguatkuasaan, surat sokongan pemimpin masyarakat atau mane2 agensi berkaitan. Kalau takde dokumen jangan korang derma duit tu... "Membongak" je tu..

Tujuan maklumat penjelasan "CROWDFUNDING" tu supaya orang yang nk derma tu faham dan jelas supaye tidak disalah gune oleh manusia durjana yang tak bertanggungjawab. Kalau dulu2 "CROWDFUNDING" ni selalu dibuat oleh pertubuhan, persatuan, kelab dan pusat2 khidmat masyarakat untuk tampung kos operasi mereka dengan mengadakan program seperti Majlis Amal dan lain2.

Dengan dunia sosial media arini dilihat ade la beberapa manusia durjana amik peluang menagih simpati 15 juta pemilik akaun facebook di Malaysia buat "CROWDFUNDING" untuk kegunaan tertentu (dengan alasan nak tolong orang lain.. konon2nye lah). Ade yang merayu mintak duit nak tampung kos saman sivil dan macam2 tok nenek alasan, "then" kutipan duit tu masuk terus keakaun milik peribadi si peminta "Crowdfunding".

Segale duit yang disumbangkan orang ramai pade si peminta "Crowdfunding" dianggap sebagai "Sedekah" bermakna duit tu tak boleh dituntut semula oleh penderma kepada si peminta "Sedekah". Sebab tak bole tuntut ianya bukan satu kesalahan dibawah undang2. Takde paksaan atau perjanjian dibuat oleh peminta "Sedekah" itu pade si pemberi "Sedekah". 

Persoalanya kenape korang percaye sangat kepada si peminta "Sedekah" tu ?? Korang tahu atau faham ke isi hati luar dalam si peminta "Sedekah" membuat "Crowdfunding" ?. Mungkin satu "SCAM CROWDFUNDING" yang digunakan untuk melakukan jenayah terancang atau kepentingan diri untuk bermewah - mewah. Sebagai contoh sorang peminta "Sedekah Crowdfunding" dapat duit derma RM10 sorang didarabkan dengan seramai 1,000 orang yang derma, jumlah terkumpul akan jadi RM10,000 tunai. Itu baru RM10.00 sorang, korang kire klau yang derma tu lebih dari RM10.00, amik contoh RM100, RM1,000, RM10,000 tetapi jumlah kutipan yang diwar2kan cuma jumlah rendah daripada kutipan sebenar. (Tu pun klau die jujur..)

Ada pulak manusia durjana tu siap "Demand" die perlukan duit RM10k je, RM30k je, RM40k je, RM50k je atau RM300k je dengan meraih simpati korang akibat dianiaya atau teraniaya kononnye disaman di mahkamah kerana ingin menegakkan kebenaran. Dek kerana orang Malaysia sangat murah hati dan banyak duit terus je "bankin" ke akaun peminta "Crowdfunding" dengan niat nak tolong atau dah memang niat nak "Sedekah" je.

Korang pernah fikir tak sebab musabab dorang tu buat "Crowdfunding" ?? Nak kata si peminta "Sedekah" tu miskin ? Tak jugak sebab die ade akaun facebook... Orang susah die tak mampu nak memiliki telefon canggih untuk post di facebook.. Nak kata si peminta "Sedekah" tu orang kelainan upaya (oku) ?? Tak jugak sebab tengok "profile" facebook die siap pergi makan sane sini... shopping sana sini.. bercuti sane sini... lepak sane sini.. boleh kate semua posting die "happy2" je.. Nak kata si peminta "Sedekah" tu duduk dipondok usang ?? Tak juga sebab ade rumah.. ade kereta... ade motorsikal... ade basikal... 

Korang pernah tanya ke sebab die kena saman sivil atau ape je lah ... pernah tanye ?? Ni lah kelemahan orang Malaysia mudah nauu percaye, bukannye mudah lupe tapi mudah percaye dan diperdaye.. Setiap ape benda pun kalau nak pahala diakhirat selidik dulu la kesahihan dan kebenaran. Takkan lah badan sihat, cukup sifat, ade rumah dan berpendidikan tinggi masih nak buat "Crowdfunding" ???.. Family dorg tak kan tak nak bantu ??.. Kawan2 BFF,GF,BF,SKANDEL tak leh nak tolong selesaikan masalah... Betul tak ???

Cite ni ade lagi Part 2.... Tunguuuu !!!!

p/s : baik korang pergi bagi derma kat pusat jagaan orang2 tua, rumah anak2 yatim, pusat jagaan kanak istimewa etc...

CENDOI DURIAN





Comments

Popular posts from this blog

COIN MY SERANG LUQMANUL HAKIM ABD RAHIM

SKIM KORBAN LUQMANUL HAKIM ABD RAHIM PART 1

SKIM "CROWDFUNDING" LUQMANUL HAKIM TERIMA SUMBANGAN DARI BANK YAHUDI ??!!