SKIM KORBAN LUQMANUL HAKIM ABD RAHIM PART 4
KEPALA SKIM KORBAN BIDAS KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Sumber :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=276526952730693&id=100011201708326
PENAFIAN :
Merujuk kepada keratan akhbar Berita Harian (BH), muka surat 18, bertarikh 24hb Ogos 2016.
Yang bertajuk, "Sekor Lembu Korban Tidak Boleh Lebih 7 Bahagian".
Yang mana nama wartawan yang tercatit pada segmen KORBAN muka surat 18 itu ialah Encik Ziauddin Sharuddin http://bit.ly/2bPCktE
-
Terlebih dahulu, sila rujuk dan baca semua post post saya mengenai pencarian peserta ibadah korban yang saya lakukan.
1.) http://bit.ly/2bhrj3e
2.) http://bit.ly/2bD2HCx
3.) http://bit.ly/2bi5Lsv
4.) http://bit.ly/2bi5Ooj
-
Sehingga ke hari ini, saya telah berjaya mendapatkan RM 4,400 untuk ibadah korban ini. Sila rujuk link ke 4.) diatas.
RM 4,000 bagi penyertaan ROUND 1 telah di transferred kan ke PERTUBUHAN DAKWAH DAN PRIHATIN MASYARAKAT ORANG ASLI JERANTUT PAHANG (PERDAMAS) bagi tujuan mendapatkan target minima yang mereka minta iaitu 1 ekor lembu.
Dan oleh kerana mendapat sambutan dari orang yg ingin bersedekah korban, saya membuat ROUND 2 kutipan dari mereka yang ingin menyertai. Telah mempunyai (terjual) 10 unit (RM 400) dan masih berbaki RM 3,600 (90 unit lagi).
Saya ingin menegaskan disini, INI BUKAN SKIM... ini adalah mencari penyertaan. Skim ialah sesuatu yang menjanjikan pulangan. Yang ini tiada pulangan atau menjanjikan apa-apa, ianya seperti bertujuan mencari kutipan dana. Lebih tepat lagi, saya mencari peserta yang hendak menyumbang / donate / contribute kepada membuat korban kepada masyarakat mualaf orang asli di Jerantut, Pahang yang mana mereka ini tidak pernah sekali pun merasa menerima daging korban. Ianya 2 definasi yang berbeza antara "skim" dan "penyertaan" (in english = participant).
Segala hujah nas mahupun dalil saya mengenai perkara ini terkandung didalam link nombor 3.) diatas.
Saya dengan ini mencabar mufti tersebut dan wartawan tersebut untuk memberikan saya 1 ayat didalam quran, yang mana perintah Allah mewajibkan hanya boleh 7 bahagian sahaja bagi sekor lembu.
Kalau hendak ikut purely hadith, Rasulullah s.a.w naik unta... pasai pa hangpa naik kereta... naik lah unta, pastu buh logo Mercedes Benz, siap bagi unta minum Petrol Ron 99 (VPower).
Dalam hadith tersebut yang di perkatakan juga, Rasulullah s.a.w juga tidak mewajibkan hanya 7 bahagian sahaja. Dan Rasulullah s.a.w juga tidak menyatakan "YA" untuk mewajibkan hanya 7 bahagian sahaja.
Sila lah baca semua link yang saya berikan diatas... semua nas dan dalil saya telah berikan. Jangan malas malas...
.
OK... setelah anda membaca bebelan saya... Penafian saya adalah mengenai 2 perkara.
1.) Nama penuh saya Luqmanul Hakim Abd Rahim, BUKAN bin ABD RAHMAN. Tolong jangan discredited kan nama arwah bapa saya. Kerana dialah, ada dan wujudnya saya di dunia ini.
2.) Telah saya terangkan diatas sebelum ini, apa yang saya buat ini BUKAN SKIM. Sila baca semua, sila buka kamus, dan baca apakah maksud definasi "skim".
Dan oleh kerana Pihak BH (Berita Harian) dan mufti mengeluarkan kenyataan pada akhbar, yang menyatakan saya membuat skim sedangkan ianya tidak langsung menyerupai definasi skim.
Saya akan mengambil tindakkan saman sivil terhadap keduanya tidak lama nanti, kerana ini menjejaskan reputasi, nama baik saya dan credibility saya.
Jika AC Mizan menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM 25 Juta hanya kerana mengeluarkan kenyataan mengatakan AC Mizan tidak membayar gaji pekerjanya.
Saya masih memikirkan tuntutan saman saya ini berapakah jumlahnya. Kerana apa anda buat itu, telah mendatangkan kecederaan (damages) kepada career saya dan perniagaan saya yang sah di sisi undang-undang.
Saya bukan main main... i had enough of you people...
Dan seperkara lagi saya nak tegur... saya dan rakan saya Nizam Mohd Presiden NGO yg saya salurkan kutipan itu hendak buat korban untuk orang asli... kau orang pun sibuk nak buat korban untuk orang asli, sebelum ni hangpa tak pandang pun orang asli ni. Tengok lah pada berita keratan akbar yang saya berikan itu. BIMB Holdings ke apa entah... yang itu kau orang bagi liputan. ooOoo... ciplak idea / usaha kami ke ? biasa lah... orang buat untuk orang asli yg susah, kau pun nak buat. Lepas tu artikel dibawahnya kata aku buat skim... bagus... patut pun hidup tak berkat.
-
Didalam post ini, disertakan juga scanned image keratan akhbar yang diperkatakan pada post ini, beserta chat log perbualan saya dan sahabat saya.
Ada 5 keping gambar kesemuanya...
Jika gambar ke-2, iaitu keratan penuh mukasurat 18 akhbar yang dimaksudkan itu anda tidak dapat membacanya, kerana terlalu kecil.
Di sini saya sertakan original sizenya, sila click pada link di bawah. Kemudian, anda boleh meng-download-nya atau gunakan fungsi (+) pada butang dibawah gambar itu nanti untuk zoom kan bagi membesarkan gambar tersebut sehingga anda boleh membacanya dengan jelas.
Click sini : http://bit.ly/2bIjOWx
-
Sekian Luqmanul Hakim Abd Rahim
-
-
-
Disclaimer : CD tidak akan bertanggungjawab kepada komen liar follower CD
Comments
Post a Comment